Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Buat Duit Dengan Laman Web Khas Amazon

$
0
0

Buat Duit Dengan Affiliate Amazon - Alhamdulillah, hari ni aku telah berjaya dan telah faham akan bagaimana untuk membina blog atau website khas untuk Amazon (Amazon Affiliate Websites). Pada korang yang kurang jelas. Amazon adalah satu website jual beli yang terkenal dan terbesar selepas eBay. Cumanya eBay lebih popular berbanding Amazon, itu sahaja atau maybe aku silap. Iyalah, ianya sebuah website jual beli dalam talian yang sangat sangat digunakan dinegara barat dan mungkin kita hanya selesa dengan eBay sahaja. Ok kita kembali kepada tajuk iaitu Buat Duit dengan Amazon dengan menggunakan laman web sendiri.

Semalam atau artikel sebelum ini aku dah mengupas sedikit dan mengajak kawan kawan untuk join didalam affiliate samada didalam Malaysia atau luar negara. Pada yang dah baca dan dah apply pasti tahu lah selok belok akan proses affiliate itu sendiri. So mudah aku nak cerita bab ni. Ok macam ni, aku nak cerita dan nak bagitahu kawan kawan yang sebenarnya kita boleh dan mampu untuk membuat affiliate dengan eBay mahupun Amazon. Pasti korang ingat yang kedua dua laman web jual beli itu tidak ada kaitan dengan affiliate kan. Ke korang tahu dah?

buat duit dengan Amazon

buat duit dengan Amazon

Aku apply affiliate kedua duanya iaitu eBay dan Amazon (Become an Amazon Affiliate) sekaligus. Tetapi aku hanya berjaya untuk mendapatkan affiliate dari pihak Amazon sahaja kerana affiliate kedua dua belah pihak ini kena mendapat kelulusan terlebih dahulu baru korang boleh diterima dan join. Diringkaskan cerita, aku rasa untuk mendapatkan affiliate dengan pihak eBay agak susah dan payah, tetapi Amazon agak ringan sedikit dan kalau korang ada kriteria yang dikehendakki selalunya lepas dan kriteria tu pun tak berat sangat.

Buat Duit Dengan Affiliate Amazon

Ok kita pendekkan cerita, aku telah berjaya diterima untuk join affiliate dari Amazon (Amazon Affiliate Programs). Secara asasnya korang kena promote link atau banner untuk orang klik dan seterusnya membeli produk tersebut di Amazon. Setiap sales yang berjaya korang akan dapat komisennya. Tetapi disini pasti ramai yang seronok mendengarnya tetapi didalam hati mesti down sebab terfikir akan susahnya nak buat sales nanti. Sebab terfikir “ader ker orang nak klik link atau banner Amazon tu kat blog kita, betul tak. Aku faham.

Bina Laman Web Khas Untuk Affiliate Amazon

Sebenarnya ada cara yang lain untuk buat duit dengan Amazon ini. Cara yang diatas yang diterangkan tadi mungkin payah. Akan tetapi apa kata kalau korang buat blog/website baru yang ber”nichie” kan product yang spesifik yang menjadi tarikkan pembeli dilaman jual beli internet Amazon. Dan kalau korang dah jumpa “nichie” yang korang target dan idamkan, apa kata korang beli domain tersebut dan membentuk website yang baru khas untuk Amazon nanti. Kemudian letakkan dan integrasikan produk Amazon yang bertarget nichie kedalam website baru korang. Maka terhasillah sebuah laman web jual beli korang yang berpaksikan nichie tertentu

Ringkasan (contoh sahaja):

1. Cari Nichie Domain yang sesuai untuk menjual produk tertentu (cth: www.begsekolah.com)

2. Kemudian integrasikan “affiliate” Amazon produk “beg sekolah” kedalam website www.begsekolah.com

3. Korang telah membentuk website jualan www.begsekolah.com yang menjual beg sekolah sahaja

4. Nichie korang hebat, SEO traffik masuk, jualan terjana melalui affiliate serta komisen jualan yang terhasil

Aku harap korang faham yer. Untuk pengetahuan korang, apa yang aku cakap ini bukan hanya teori semata mata melainkan aku sendiri yang mengkaji, membentuk dan membina laman web khas untuk affiliate Amazon ini bagi menambah pengalaman, ilmu dan juga kepelbagaian untuk buat duit secara online ini. Aku baru ja buat. Dah berjaya buat, belum ada sales lagi tetapi aku sudah faham 99% akan affiliate Amazon ini.

Apa Yang Perlu Ada Untuk Bina Website Affiliate Amazon Ini?

Perkara pertama tentulah domain iaitu nichie yang sesuai. Ini aku malas nak story panjang. Korang sebagai blogger pasti faham kan bagaimana nak beli domain kan. Pasal nichie plak korang pandai pandai lah buat kajian. Ok secara asasnya bagi aku (bagi orang lain aku tak pasti sebab aku pun masih baru) untuk korang membina secara asas website jualan affilite Amazon ini korang memerlukan:

1. Domain ber”nichie”

2. Theme wordpress yang sesuai untuk Amazon (Theme biasa ok tetapi lebih baik yang khas untuk Amazon)

3. Plugin wordpress khas untuk Amazon untuk integrasi produk Amazon kedalam website

Secara asasnya korang memerlukan 3 benda asas ini sahaja untuk mempunyai sebuah website jualan Amazon yang menarik. Ok aku sediakan semua link yang korang perlukan untuk melihat dan membuat sendiri website korang supaya mudah untuk korang.

1. Website Affiliate Amazon Milik Aku Sendiri diSini ->>> KidsToysBay

2. Dapatkan Theme Amazon Seperti Yang Aku Pakai diSini ->>> Amazon WordPress Theme

3. Plugin Khas Integrasi Amazon Untuk Website diSini ->>> Amazon WordPress Plugin

Korang dah tengok website affiliate Amazon aku? Apa pendapat korang? Sebenarnya tidak mahal dan tidak susah mana pun. Bukannnya kena beli hosting baru pun. Korang hanya perlu beli domain baru sahaja kemudian “add on domain” pada hosting yang korang pakai sekarang. Itu sahaja. Tapi kalau ada yang berminat nak aku tolong buatkan pun boleh tetapi korang kena sediakan domain yang siap diinstall wordpress lah. Dan lagi pula kena la hulur sikit RM yer, hehehe. Theme Amazon dan plugin Amazon yang aku beli adalah berjenis “developer licence” yang mana jumlah kedua benda tu aku bayar dengan harga ratusan ringgit. Apa apa pun inilah caranya untuk Buat Duit Dengan Affiliate Amazon.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles