Ramai yang suka bermain game di pc komputer desktop mereka. Dengan kualiti grafik permainan game pc yang semakin canggih dan cantik. Ramai di antara anda yang tidak mempunyai spesifikasi komputer yang bagus untuk memainkan game game yang terbaru. Kalau hendak main game yang terkini, memang kena keluarkan modal wang bajet yang sangat tinggi. Anda pasti akan berhabis ribuan ringgit. Kalau anda hanya mempunyai bajet yang rendah seperti RM1000 sahaja. Anda sebenarnya boleh bina gaming pc anda sendiri dengan bajet tersebut. Berminat?
Seperti saya, saya bukanlah seorang gamer tegar. Saya sudah cukup gembira kalau pc desktop komputer saya boleh memainkan pc game yang terbaru terkini. Dengan kualiti paparan grafik yang rendah dan medium sederhana pun saya sudah berpuas hati. Jadi dengan modal di bawah RM1000 pun saya pasti boleh membina cpu gaming yang saya mahukan. Yang penting bukannya mahu menunjuk nunjuk kepada orang lain. Yang penting paparan game tersebut jelas pada pandangan mata saya dan saya boleh bermain game yang saya mahukan dengan puas hati walaupun dengan bajet yang rendah.

Spesifikasi desktop asas untuk bina gaming pc dengan kos rendah
Bina Gaming PC Dengan Mudah Dan Murah Di Bawah Harga RM1000
Untuk membuatkan cpu desktop pc komputer anda boleh menjalankan dan memainkan games yang anda mahukan itu. Ada spesifikasi minimum yang perlu anda patuhi. Selalunya cadangan arahan minima spesifikasi pc yang diberikan oleh pengeluar pc games adalah cadangan yang agak baik yang boleh anda ikuti. Namun, di bawah ini saya berminat hendak kongsikan dengan anda akan spesifikasi komputer yang ingin anda bina menjadi gaming pc itu.
Sistem CPU Core i3 + Kad Grafik Asus 370 GT 2GB
Spesifikasi Asas Rendah Untuk Bina Gaming PC
- CPU Pemproses – dapatkan cpu dari jenis intel Core-i3 dan ke atas
- RAM – sila pastikan ram paling rendah pun 4GB dan ke atas
- Storage – hard disk drive kalau boleh 100GB dan ke atas
- Windows – sila pastikan ianya Windows 7 dan ke atas
- Graphic Card – sila beli kad grafik baru di kedai komputer
- Casing – Pastikan cpu jenis “TOWER” dan bukannya “SFF”.
Website Untuk Anda Beli Komputer Murah Terbaik
- Lazada – dapatkan komputer murah terpakai yang bagus di website ini
- Amazon – anda mahukan komputer second hand yang berkualiti ada di sini
Gambar di atas adalah contoh sebenar jenis cpu termasuk spesifikasi asas yang bagus untuk membolehkan anda memainkan pc games yang terkini. CPU desktop tersebut tidak termasuk dengan kad grafik. Kad grafik yang saya cadangkan adalah dari Nvidia atau ATI yang berharga RM300 dan ke atas seperti kad grafik Asus 370 GT 2GB. Kombinasi spesifikasi pc asas seperti dicadangkan di atas ini dengan kad grafik yang tidak begitu mahal pun mampu memberikan anda pengalaman bermain games seperti video di atas ini. Saya harap anda berjaya bina gaming pc anda dengan mudah dan juga berkos rendah. Selamat mencuba.
The post Cara Bina Gaming PC Main Game Yang Murah appeared first on eCommerce In Malaysia.