Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Cara Beli Dogecoin Dengan Mudah

$
0
0

Beberapa hari lepas saya diperkenalkan dengan matawang digital cryptocurrency yang baru oleh seseorang melalui whatsapp. Setelah di check, nampaknya matawang digital ini bukan sangat baru. Telah dilancarkan pada tahun 2013. Dan apa yang sangat menarik bagi saya adalah berkenaan harganya yang sangat terlalu murah. Untuk pengetahuan anda, saya telah terlibat jual dan beli cyrptocurrency ini untuk matawang digital BITCOIN dan juga DEUSCOIN. Dan matawang ketiga yang menarik minat saya ketika ini adalah DOGECOIN. Anda sudah tahu? Kenal? Saya terasa berminat hendak beli dogecoin pula.

Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi di masa hadapan. Untuk hari ini, apa yang saya nampak, trend matawang di masa hadapan akan menggunakan matawang jenis cryptocurrency iaitu matawang digital. Cryptocurrency bitcoin ketika diperkenalkan pada tahun 2009 hanya berharga RM10 sahaja. Kemudian meningkat naik menjadi RM1000, kemudian pada April 2016 menjadi RM2000 dan pada July 2017 ini sudah menjadi RM11K. Anda lihat potensinya. Anda boleh jadi kaya dan buat duit dengan membeli matawang digital ini ketika ianya murah. Disebabkan matawang digital Dogecoin ini masih sangat murah. Saya tidak menunggu lama untuk beli dogecoin ini secepat mungkin.

Beli dogecoin dengan mudah dan juga murah di website c-cex

Beli dogecoin dengan mudah dan juga murah di website c-cex

Beli Dogecoin Murah Secara Online

Selepas bitcoin. Saya diperkenalkan dengan Deuscoin pula. Ketika saya beli pada April 2017. Harga 1 Deuscoin hanyalah berharga USD0.15 sahaja. Dan ketika artikel ini ditulis, harga 1 Deuscoin sudah menjadi USD0.28 pada 1 August 2017 ini. Apa yang anda nampak? Potensi matawang digital ini untuk naik dan menyebabkan pemiliknya mampu menjana keuntungan berlipat kali ganda. Dan setelah diperkenalkan pula dengan Dogecoin ini, saya tidak menunggu lama untuk terus membuat pelaburan dengan membeli dogecoin sebanyak mana yang saya mampu mengikut bajet wang yang saya ada.

Website Untuk Beli DogeCoin

  • C-Cex – anda boleh beli Dogecoin di sini
  • Luno – website untuk beli Bitcoin sahaja
  • SVD – sertai pelaburan Deuscoin di sini

TETAPI, perlu diingatkan!!! Terdapat ratusan matawang digital cryptocurrency di pasaran online/internet. Bukan semuanya berjaya. Kenaikkan harga bagi satu satu cryptocurrency sangat bergantung kepada permintaan (demand). Jika permintaan tinggi, maka naiklah harganya. Jika permintaan kurang atau tiada yang berminat, maka jatuhlah harganya. Bitcoin sudah dianggap berjaya. Deuscoin dan Dogecoin ini masih sangat baru dan ada potensi ianya berjaya atau gagal. Tetapi dengan harga Dogecoin yang sangat murah, tidak salah mencuba beli dogecoin ini. Mana tahu ianya akan popular, mendapat permintaan tinggi dan memberikan keuntungan kepada di pemilik matawang digital cryptocurrency Dogecoin ini.

The post Cara Beli Dogecoin Dengan Mudah appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles