Ketika pergi ke mana mana pusat gym, antara peralatan yang saya berminat hendak menggunakannya adalah alat penimbang berat badan untuk mengetahui status terkini berat badan saya. Tetapi kadang kala saya perasan juga, yang setiap penimbang berat kadang kala agak berbeza ketepatannya. Kalau saya check di pusat gym, saya dapat kiraan begini. Kalau saya check di shopping complex, lain pula bacaannya. Jadi mahu tidak mahu, cara paling mudah anda memantau bacaan kiraan berat badan anda adalah dengan menggunakan alat timbang berat badan anda sendiri dari rumah. Berminat?
Begini ceritanya, kalau anda dapatkan alat timbang berat badan milik sendiri di rumah. Tidak kisahlah ianya kurang tepat berbanding dengan alat di luar sana. Tetapi sekurang kurangnya anda dapat melihat bacaan terkini dari alat yang sama di rumah anda. Sudah tentu anda dapat melihat perbezaan samada berat badan anda bertambah atau berkurang dari alat yang sama. Jadi mudahlah untuk anda mencapai sasaran mengurangkan berat badan anda hanya dari rumah. Dan alat penimbang seperti ini tidaklah mahal mana.
Alat Timbang Berat Badan Jenis Digital Untuk BMI Index
Setuju tidak kalau saya katakan, sesetengah orang berasa malas hendak ke gym, bersukan atau buat aktiviti riadah sihat yang lain kerana faktor tidak mempunyai kelengkapan yang sewajarnya dari rumah. Contohnya malas ke gym kerana jauh, tetapi kalau anda dumb bell di rumah pasti akan rajin sedikit untuk melakukan akiviti bina otot lengan tangan. Malas hendak berjogging, tetapi mungkin akan rajin sedikit kalau ada kasut sukan baharu. Dan malas hendak kurangkan berat badan tetapi kalau ada alat timbang berat badan di rumah, pasti berasa mahu hendak melihat perkembangan berat badan iaitu BMI INDEX secara kerap di rumah.
Website Yang Menjual Body Fat BMI Digital Scale
- Lazada – ada sangat banyak mesin scale berat badan BMI ini
- Amazon – produk penimbang berat badan berkualiti ada di web ini
- Aliexpress – produk/alat yang boleh mengira body fat dengan mudah di sini
Ini menunjukkan secara asasnya, produk dan alatan tertentu yang dibeli untuk rumah ada sedikit kesan yang boleh membantu seseorang untuk berusaha membina kesihatan yang lebih baik. Zaman sekarang sudah ada banyak produk penimbang berat badan yang murah murah. Contohnya anda boleh dapatkan penimbang berat badan jenis digital scale. Ianya memberikan bacaan dalam bentuk digital. Memang ada digital scale yang sangat murah seperti harga di bawah RM50. Tetapi saya tidak sarankannya untuk anda. Dapatkan yang sedikit lebih mahal lebih berbaloi tetapi tetap di bawah RM100 dan di atas RM50 untuk mendapatkan produk timbang berat badan yang lebih tepat kiraannya. Selamat mencuba.
The post Digital Scale Untuk Timbang Berat Badan appeared first on eCommerce In Malaysia.