Saya dulu dulu memang tidak pernah mencuci muka dengan produk penjagaan kulit wajah lelaki. Ketika itu saya mungkin berasa janggal dan pelik dengan produk sebegitu. Saya merasakan produk sebegitu hanya untuk wanita sahaja. Saya hanya cuci muka dengan sabun biasa sahaja. Agak kelakar juga kalau teringat balik kisah lama. Tiada yang salah pun cuci muka dengan sabun mandi biasa. Cuma kurang sesuai. Pada zaman kini, dengan pencemaran udara yang kurang baik, orang lelaki juga sepatutnya menjaga wajah. Dan kini, tidak pelik rasanya kalau lihat orang lelaki membasuh wajah mereka dengan produk pencuci muka lelaki yang sesuai dengan kulit mereka.
Saya sendiri sudah bertahun mencuci kulit muka dengan produk pencuci kulit wajah yang sesuai untuk lelaki. Kulit manusia ini ada macam macam keadaan. Ada yang berminyak, kering, kusam, berjerawat, berjeragat, masalah liang pori pori dan sebagainya. Menggunakan sabun biasa pada kulit muka adalah tidakkan yang kurang baik. Ini kerana kulit wajah kita berbeza dengan kulit yang lain pada tubuh badan kita. Kulit muka adalah kulit yang sensitif dengan keadaan persekitaran kita. Mencuci muka dengan pencuci muka lelaki yang sesuai dapat membantu membersihkan muka dengan lebih baik di samping menjaga keadaan kulit supaya lebih sihat.
Jenis Pencuci Muka Lelaki Yang Bagus Tetapi Murah
Sesetengah orang lelaki mungkin tidak mahu menggunakan pencuci muka lelaki ketika mencuci wajah kerana faktor harga dan mereka merasakan yang ianya membazir wang sahaja. Untuk lelaki lelaki di luar sana, untuk pengetahuan anda, produk pencuci muka untuk lelaki sebenarnya tidaklah mahal mana. Ianya murah sahaja. Malah sangat murah berbanding produk penjagaan wajah untuk orang wanita. Tidak sampai RM100 pun. Malah tidak sampai RM50 pun percayalah. Malah untuk satu produk pencuci muka itupun biasanya boleh bertahan selama 3 bulan lamanya. Itupun anda pakai hari hari dan sehari dua kali.
Senarai Jenama Produk Pencuci Muka Khas Untuk Lelaki
- Garnier Men – ramai artis lelaki yang menjadi duta produk jenama ini
- Nivea Men – salah satu jenama pilihan terbaik untuk lelaki
- L’Oreal Men Expert – produk jenama popular selain Garnier Men
- OXY-10 – produk yang direka khas bagi merawat jerawat di muka anda
- Skin Care (Lazada) – anda boleh cari pencuci muka lelaki yang lain di sini
Kepada anda yang tidak tahu hendak memilih pencuci muka lelaki yang mana yang sesuai untuk anda. Anda mungkin takut tersalah beli. Di atas ini saya senaraikan beberapa jenama pencuci muka khas lelaki yang sesuai untuk anda. Ada banyak sebenarnya brand brand yang boleh anda pilih untuk dibeli. Tetapi cukup sahajalah brand jenama di atas ini yang bagi saya popular di kalangan orang lelaki di Malaysia. Harga pun murah sahaja. Kalau anda tanya saya pakai pencuci muka dari brand yang mana, saya pakai dari brand jenama Garnier Men sahaja. Harga dalam RM20 sahaja. Sila klik link di atas untuk anda membeli dan mendapatkan produk pencuci muka lelaki yang menjadi pilihan anda. Bye
The post 3 Jenama Produk Pencuci Muka Lelaki Yang Popular appeared first on eCommerce In Malaysia.