Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Action Kamera Murah Di Bawah RM500 Yang Berkualiti

$
0
0

Beberapa minggu lepas saya ada keluar berjalan jalan ke sana ke mari. Mana mana tempat yang saya rasakan menarik akan saya tangkap gambar mahupun video. Akan tetapi saya ada sedikit kecewa dengan kualiti rakaman video. Video yang telah dirakam terlalu bergerak gerak dan tidak sedap untuk ditonton. Sebab itulah satu produk yang bernama action kamera ini dicipta. Ianya memang dicipta bagi merakam babak babak video aksi seperti ketika berenang, memancing, bermain bola, jogging, menaiki basikal, terjun dan sebagainya.

Mungkin anda kurang jelas dengan apa yang saya cuba sampaikan. Cuba anda naik motosikal atau kenderaan dan rakam video dengan anda menggunakan tangan. Dan selepas itu anda tonton semula video yang anda rakam itu. Anda akan dapati video yang anda rakam itu tidak stabil. Sekejap ke bawah, atas, kiri dan kanan. Ianya tidak secantik video yang anda tonton seperti video movie atau filem. Dan kebanyakkan video yang anda lihat cantik rakamannya menggunakan kamera yang mempunyak sistem penstabil. Dan sistem ini terdapat dalam action kamera.

Action kamera jenama Sj Cam berkualiti hanya berharga RM300 sahaja di Lazada Malaysia

Action kamera jenama Sj Cam berkualiti hanya berharga RM300 sahaja di Lazada Malaysia

Mungkin anda merasakan menggunakan kayu selfie sudah memadai. Anda cubalah gunakannya. Saya pasti akhir nanti anda juga bersetuju dengan saya kualiti rakaman tidak sebaik yang anda inginkan. Untuk mendapatkan rakaman video yang stabil ketika merakam, mahu tidak mahu, salah satu produk yang boleh memberikan kepuasaan kepada anda adalah produk seperti action kamera. Itu kalau anda serius dengan bidang merakam video. Kalau anda tidak kisah dan tiada tujuan penting, guna kamera dari smartphone sudah memadai.

Action kamera jenama EKEN juga murah tetapi terbaik dan di jual di eCommerce Lazada Malaysia

Action kamera jenama EKEN juga murah tetapi terbaik dan di jual di eCommerce Lazada Malaysia

Maksud saya seperti ini. Katakan anda bermaksud untuk membuat dan hasilkan video yang cantik dan berkualiti dan ingin upload di YouTube dengan maksud ingin menjana duit melalui pengiklanan Google YouTube. Anda mungkin mahu merakam video aktiviti seperti menjahit, memasak, pertukangan, sukan, kekeluargaan, tutorial dan sebagainya. Maka mahu tidak mahu anda perlu menghasilkan video yang “agak” berkualiti supaya orang suka tonton video anda. Untuk menjayakan misi seperti ini, sebuah alat action kamera dapat membantu anda.

Perbezaan antara kamera aksi yang mahal berbanding yang murah tidak menunjukkan perbezaan yang ketara pada contoh video di bawah ini

Senarai Brand Action Kamera Terbaik

  • Xiaomi Mi – jenama yang terkenal dengan murah tetapi berkualiti
  • SJ Cam – jenama yang menawarkan action kamera berkualiti dengan murah
  • Eken – pesaing action camera yang mampu menawarkan harga kompetitif

YA, ramai takut untuk membeli action kamera kerana berpendapat ianya mahal harganya. Saya tidak nafikan berkenaan harga yang mahal KALAU kamera aksi yang anda fikirkan itu adalah kamera aksi berjenama seperti GoPro. Harga GoPro memang boleh mencecah ribuan ringgit. Kalau hendak murah tetapi bagus, anda mungkin boleh dapatkan kamera aksi jenama Xiaomi. Namun oleh kerana sudah ada lambakkan yang lebih baik dan juga berkualiti. Maka anda kini sudah mampu untuk memiliki mana mana action kamera yang berkualiti dengan harga di bawah RM500 sahaja. Berminat? Di atas ini saya kongsikan beberapa senarai brand jenama kamera aksi yang berjenama, berkualiti dan murah harganya. Klik link tersebut dan lawat laman jualannya. Selamat mencuba.

The post Action Kamera Murah Di Bawah RM500 Yang Berkualiti appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles