Quantcast
Channel: Wanwidget
Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Kipas Angin Berharga Murah Bawah RM100

$
0
0

Saya tidak pasti jika ada di antara anda yang boleh tidur tanpa kipas. Saya memang tidur dengan membuka kipas. Tekan nombor 1 pun tidak mengapa asalkan ada rasa angin yang meniup ke badan. Itu adalah saya. Bagaimana dengan anda pula? Mungkin kalau sejuk tidak mengapa. Kalau cuaca terasa panas, adakah anda tetap selesa dan boleh tidur tanpa kipas? Jika anda seorang pelajar dan perlu tinggal di rumah sewa, biasanya ramai di antara anda akan membeli kipas angin sebagai salah satu barang yang wajib diperlukan. Maklumlah cuaca Malaysia pada waktu malam pun kadang terasa bahang panas juga.

Cuaca yang terasa bahang terutamanya pada waktu malam akan membuatkan kita mudah berpeluh. Kipas mungkin tidak dapat memberikan kesan “sejuk” pada tubuh badan anda. Tapi sekurang kurangnya ianya dapat mengurangkan rasa panas dan ketidakselesaan. Malah ianya sebenarnya lebih baik berbanding penggunaan penghawa dingin dengan kerap. Kalau banding dari segi harga pula, sudah tentu kipas angin menawarkan harga yang jauh lebih murah dan lebih praktikal berbanding penghawa dingin.

Jenama kipas angin table fan dari Panasonic yang saya pernah beli

Jenama kipas angin table fan dari Panasonic yang saya pernah beli

Kipas angin yang ingin saya ceritakan kepada anda adalah dari jenis mudah alih yang boleh anda letakkan di mana mana. Ada yang pendek mahupun yang lebih panjang tinggi. Kebiasaannya kipas angin sebegini di datangkan dengan pelaras kelajuan putaran kipas setinggi 3 – 4 tahap. Bagi sayalah, untuk mendapatkan kipas angin yang baik, antara kriteria yang perlu dilihat adalah jenama, jumlah kegunaan kuasa (watt) yang rendah untuk jimat tenaga, kadar kebisingan ketika putaran bilah kipas, waranti yang lama dan juga model yang biasa yang boleh putar ke kanan kiri supaya mudah diselenggara jika ianya rosak.

Senarai Website Untuk Membeli Kipas Angin

  • Lazada – website pilihan terbaik jika anda mahu membeli kipas secara online
  • 11Street – alternatif terbaik selain website eCommerce Lazada Malaysia
  • Senheng – website yang fokus menjual produk barangan elektrik rumah
  • Amazon – anda juga boleh membeli dari luar negara jika berminat

Di Malaysia, apa yang saya nampak, ada sangat banyak brand kipas angin yang baik dan juga berkualiti dijual dengan harga di bawah RM100 sahaja. Jadi anda tidak perlu rasanya membeli mana mana kipas angin yang terlalu murah dengan jenama dari China yang tidak anda kenali semata mata mahukan yang paling murah tetapi berisiko cepat rosak. Jadi nasihat saya, dapatkan kipas mudah alih berjenama seperti Panasonic, Khind, KDK, Sharp, Pensonic, Midea, Elba dan juga Morgan kalau boleh. Jangan membuang masa dan tenaga anda. Beli sahaja kipas angin secara online melalui website di atas ini. Selamat mencuba.

The post Kipas Angin Berharga Murah Bawah RM100 appeared first on eCommerce In Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 961

Trending Articles